Kelas Asas Internet (Cara Dapatkan Gambar Berkualiti Google)

10 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai lima orang peserta dan kesemuanya adalah lelaki yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana cara dapatkan gambar berkualiti google. Meraka diajar bagaimana hendak mencari image(gambar) dalam google untuk disimpan di dalam komputer.Selain itu,pelajar diajar cara bagaimana untuk memilih kualiti saiz gambar supaya gambar yang dipilih kelihatan terang dan jelas semasa membuat sesuatu kerja kursus mahupun untuk print gambar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas